A-Life Lady-i
Pelan perlindungan perniagaan yang komprehensif, fleksibel dan berpatutan. Menawarkan perlindungan untuk harta dan kandungan, kewangan, liabiliti, kemalangan, dan peralatan.
Tempoh Perlindungan
Sehingga umur 80 tahun
Umur Kelayakan
16 tahun - 45 tahun
Manfaat
Gift of Joy
Nikmati ganjaran tunai sejumlah 1% daripada jumlah perlindungan anda apabila anda menyertai pelan A-Life Idaman dan 2% lagi daripada jumlah perlindungan anda apabila anda menambah pelan A-Plus Health Flex-i.
Perlindungan Bundle of Joy
Dapatkan perlindungan bagi anak dalam kandungan anda tanpa pengunderaitan perubatan jika usia kehamilan anda kurang daripada 14 minggu - dengan memilih A-Life Idaman dan rider A-Plus BabyCare Xtra-i.
Perlindungan kanser wanita menyeluruh
Melindungi anda daripada kanser berkaitan wanita bermula daripada tahap awal dan selanjutnya.
Faedah penjagaan wanita
Menyediakan faedah penjagaan wanita menyeluruh yang pertama seumpamanya di pasaran serta pembayaran sekali gus untuk komplikasi akibat pembedahan kosmetik elektif, terapi hormon untuk menopaus dan rawatan psikoterapi untuk keresahan atau kemurungan.
Ganjaran tunai untuk peristiwa penting
Terima ganjaran tunai sehingga 12% daripada jumlah perlindungan anda untuk peristiwa penting seperti perkahwinan, kelahiran anak dan usia emas.
Faedah tempoh matang
Terima 150% daripada jumlah perlindungan anda bagi apabila pelan anda matang pada umur 80 tahun.
Terma & Syarat
- Pelan ini melindungi individu sehingga umur 80 tahun. Perlindungan untuk HUMK adalah sehingga 65 tahun dan perlindungan untuk faedah kehamilan wanita adalah sehingga 45 tahun. Sekiranya Orang yang Dilindungi hamil, minggu kehamilan maksimum yang dibenarkan ialah 35 minggu.
- Gift of Joy layak dengan syarat tarikh lahir anak mestilah sekurang-kurangnya 280 hari dari Tarikh Pengeluaran atau Tarikh Permulaan pelan A-Life Lady-i dan permohonan untuk A-Life Idaman dibuat apabila tempoh kehamilan Orang Yang Dilindungi adalah kurang dari 35 minggu kehamilan atau dalam tempoh 60 hari selepas tarikh lahir anak. Terdapat tempoh menunggu selama 90 hari dari Tarikh Pengeluaran sijil A-Life Idaman hingga masa pembayaran faedah. Sekiranya anda telah menyertai lebih daripada satu pelan A-Life Idaman untuk bayi anda, faedah ini hanya terpakai kepada sijil pertama yang diluluskan.
- Bundle of Joy layak dengan syarat kehamilan anda kurang daripada 14 minggu dan semua keperluan dipenuhi.
- Karsinoma wanita in situ atau kanser merujuk kepada organ wanita berikut: payudara, serviks uterus, rahim, tiub Fallopio, vulva/vagina atau ovari.
- Hanya perkahwinan dan/atau kelahiran anak yang berlaku dari tahun kedua sijil dan seterusnya layak mendapat ganjaran wang tunai. Tuntutan pertama hanya boleh dibuat selepas caruman untuk 2 tahun sijil pertama telah dibayar sepenuhnya. Setiap bayaran faedah hanya akan dibayar untuk satu acara setiap tahun sijil dan hanya akan dibayar pada ulang tahun sijil tertakluk kepada bayaran penuh caruman bagi tahun sijil yang telah diterima oleh kami. Sekiranya anda layak untuk 2 acara bawah faedah ganjaran tunai pada tahun sijil yang sama, bayaran faedah akan dibuat dalam 2 pembayaran berasingan selama 2 tahun sijil berturut-turut. Ini bermakna jika anda berkahwin dan melahirkan pada tahun sijil yang sama, anda akan menerima bayaran kedua pada tahun sijil berikutnya.
- Anda akan menerima Bonus Tunai Tahunan anda pada setiap ulang tahun sijil dengan syarat keahlian AIA Vitality anda kekal aktif sepanjang tahun sijil.
- Kadar caruman pelan ini adalah sama rata dan berdasarkan umur anda pada tarikh pelan dikeluarkan.
- Caruman untuk pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC Takaful berhak untuk menyemak semula kadar caruman dengan memberi anda notis bertulis selama 3 bulan.
- Caruman yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan di bawah pelan ini. Tempoh menunggu yang berbeza terpakai untuk faedah berbeza.
- Sekiranya terdapat lebihan yang timbul daripada dana risiko takaful, lebihan tersebut akan dikongsi dengan peserta yang layak mengikut peruntukan Tabarru’ mereka.